Sunday, August 28, 2011

Wawancara tentang ' Tugas dan Peranan Polis '


Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti wawancara tersebut.

Pemberita        :Selamat pagi, tuan. Apa khabar?

Pegawai Polis  :Selamat pagi. Khabar baik.

Pemberita        :Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan undang-undang sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan tentang perkara ini?

Pegawai Polis  :Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa undang-undang yang tama. Ini bererti tanpa polis, undang-undang yang ada tidak bermakna kerana undang-undang tersebut tidak dapat dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk pihak polis menjalankan tugas jika sesebuah negara tiada undang-undang. Jika tiada undang-undang yang berkaitan dengan jenayah, tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi polis dan undang-undang mempunyai kaitan yang begitu rapat.

Pemberita        :Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-undang boleh digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di negara kita?

Pegawai Polis  :Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka undang-undang yang berhubung dengan jenayah menjadi panduan dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya termasuklah Kanun Keseksaan dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol, mencederakan orang, penipuan, dan sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis untuk menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-jenayah tadi.

Pemberita        :Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah jenayah.

Pegawai Polis  :Kewibawaan dan prestasi pasukan polis sebenarnya bergantung kepada cara mereka melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. Jika terdapat sesuatu kesalahan jenayah, pihak polis akan bertindak tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang. Pihak polis juga mesti berani untuk memerangi jenayah. Oleh sebab itu, kita dapati banyak penjenayah menjadi mangsa keberanian dan kewibawaan pihak polis. Kadang kala anggota polis terpaksa berkorban apa sahaja demi menjaga keamanan negara. Mereka terpaksa mengorbankan masa, cuti, keluarga dan nyawa apabila bertugas.

Pemberita        :Tugas sebagai anggota polis tentu menghadapi pelbagai cabaran atau risiko yang membahayakan keselamatan polis itu sendiri. Cuba tuan berikan pandangan?

Pegawai Polis  :Ya, sebagai anggota polis, kami memang mengetahui adanya pelbagai implikasi dan risiko di hadapan. Misalnya, jika berlaku kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa berbalas tembakan dengan perompak. Jika bukan perompak, mungkin pihak polis yang menjadi mangsa. Ada kalanya penjenayah ini tidak takut berdepan dengan pihak polis. Oleh sebab itulah mereka berani melawan anggota polis kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang menghadapi cabaran masyarakat. Kami sering kali juga menimbulkan rasa takut dan prejudis orang ramai. Oleh sebab itu, kerjasama masyarakat sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes jenayah.

Pemberita        :Sebelum kita mengakhiri wawancara ini, apakah harapan tuan terhadap masyarakat atau orang ramai untuk mengatasi masalah jenayah?

Pegawai polis  :Kita memerlukan kerjasama orang ramai. Tanpa kerjasama dan komitmen orang ramai tentulah sukar untuk kita membenteras masalah jenayah. Mereka harus melaporkan kepada pihak kami jika berlaku sesuatu kejadian jenayah dan mereka juga tidak harus melindungi seseorang penjenayah. Berilah kerjasama, penghormatan, dan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis demi keselamatan dan keamanan negara.

Pemberita        :Saya juga berharap penjelasan tuan akan menjadi renungan kepada masyarakat kita. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kesudian tuan.

Pegawai Polis  : Sama-sama.

Living In Nature

Flowers,
Blooming Beutifully in morning,
Brighten the view in evening,
Slowly closing at night.
Never fed up looking at them,
In everyone’s favorite colors.

Trees,
One of our nature shelters,
Standing up still in morning
Evening till night,
Staying brave
In rain, storm, drought,
Fill our lives with hopes.

Grass,
Stretching down to earth,
Never flow up away,
Through wind, tornado and waves,
Green the view through days.

O Nature,
Without you, never we will free.
Without you, never we will see.
Without you, never we will be here.

O Creator,
Thank you for the flowers,
Thank you for the trees,
Thank you for the grass,
Thank you for the nature,
Thank you for the shelter you give in.




I made it myself…. What do you think? Comment Please……

Saturday, August 27, 2011

Conversation about Friendship


Theme: People
Topic: Friendship
B         : Hey, I just find out that Aliya’s best friend, Ika passed away last week.
D         : I am very sorry for her. She almost fainted when she heard the terrible news. Ika was her best friend since kindergarten.
A         : She will be so lonely. Ika was her only friends. She very quite in class.
C         : Friends are the most important part of your life. Treasure the tears, treasure the laughter, but most importantly, treasure the memories.
B         : Without friends, you will felt so lonely. No laughter to share. No tear to share. I don’t think I will able to survive without all of you.
A         : Talking about friends, have you ever thought of why man needs friends?
B         : Hmm, yes! But, It is hard to believe that a man is telling the truth when you know that you would lie if you were in his place. That’s why man hard to have a friend.
C         : I think I have heard that.
B         : Oh, it’s from Henry Louis Mencken.
D         : I'm wondering if a man is isolated from others, how is he going to live?
A         : No man can live by himself. He'll be very lonely because nobody talks to            him. Perhaps he will become mad someday.
D         : Yes! How pitiful!
C         : We all need friends for companionship and for meaningful relationship.
            Your friend gets you through the hard times, the sad times and the confused times. If you turn and walk away, your friend follows.
A         : If you lose your way, your friend guides you and cheers you on. Your friend holds your  hand and tells you that everything is going to be okay. And if you find such a friend, you feel happy and complete because you need not worry.
B         : I wish I have a friend like that.
D         : Hey!
C         : So, what are the qualities that a good friend should have?
A         : For me, trustworthiness is the most important! A good friend will stick by me through thick and thin, willing to listen to my problems and give me effective advice. 
After all, true friendship is based on trust, honesty and sincere generosity of our hearts.
D         : Yes, I agree! And I need a good friend will never hide the truth from me.
C         : Yes, a good friend will never tell lies!
B         : For me, love. A friend is a person who knows what you are saying, even if you're not talking.
D         : That’s one. I really agree.
A         : Hey, let’s go and meet Aliya. She must be really lonely now.